Panduan penyusuan susu ibu bagi ibu yang bekerja




Tahniah kerana anda telah berjaya menyusukan bayi anda sehingga kini. Tentu sekarang ini anda sedang bersedia untuk kembali bekerja. Tahukah anda bahawa anda masih boleh meneruskan penyusuan susu ibu setelah kembali bekerja?
Anda disarankan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya (tanpa makanan dan minuman lain) sehingga bayi berumur 4 – 6 bulan. Penyusuan ini amat baik jika diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun kerana susu ibu mempunyai banyak faedah. Makanan tambahan, walau bagaimanapun hendaklah diberi apabila bayi berumur 4 – 6 bulan.
Selain daripada tekad ibu untuk menyusu, sokongan daripada ahli keluarga terdekat (suami, ibu, ibu mertua), majikan, jiran dan rakan adalah penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu.
Apakah yang boleh dilakukan untuk meneruskan penyusuan susu ibu?
1.       Jika majikan ada menyediakan tempat jagaan bayi di tempat kerja anda atau terdapat tempat jagaan bayi yang berhampiran, bawalah bayi anda ke tempat jagaan tersebut supaya anda boleh menyusukan bayi anda pada waktu rehat.
2.      Jika tidak, anda masih boleh meneruskan penyusuan susu ibu melalui susu ibu yang diperah.
Bagaimanakah memerah susu dengan tangan?
Ibu tidak memerlukan peralatan mahal. Memerah susu dengan tangan adalah mudah dan bersih. Caranya:
1.       Basuh tangan dengan bersih.
2.      Tenangkan fikiran dan bayangkan wajah bayi anda untuk merangsangkan pengaliran susu.
3.      Jika payudara bengkak, tuam panas payudara 3-5 minit sebelum memerah.
4.      Letakkan ibu jari di sebelah atas payudara, berdekatan dengan tepi areola dan jari yang lain di sebelah bawah, berdekatan dengan tepi areola (lihat gambar di bawah).


5.      Tekankan payudara ke belakang, ke arah dada dan kemudian dengan perlahan-lahan tekan ibu jari dan jejari serentak.
6.      Perah ke dalam bekas yang bersih.
7.      Ulang beberapa kali mengikut pusingan untuk mengosongkan semua bahagian payudara.
8.     Perah setiap belah payudara selama 5-10 minit secara bergilir.
Ibu yang sudah biasa memerah susu boleh memperolehi kuantiti susu yang banyak dalam masa 15-20 minit. Setelah berlatih selama 2 minggu, anda mungkin dapat memerah susu sebanyak empat bekas sehari dengan 70-90ml bagi setiap bekas.
Apakah kebaikan yang boleh ibu dapati dengan memerah susu?
·         Pemerahan susu ibu yang kerap menyebabkan bekalan susu ibu tidak putus dan penyusuan susu ibu dapat diteruskan walaupun setelah ibu kembali bekerja.
·         Pemerahan susu ibu dapat mengurangkan masalah bengkak dan radang payudara (mastitis).
Bila harus anda mula memerah susu ibu dan melatih bayi meminum susu perahan?
Pemerahan susu ibu dan pemberian susu perahan kepada bayi memerlukan latihan. Ibu dinasihatkan melakukan latihan ini 2 minggu sebelum kembali bekerja. Susu yang diperah ini boleh diberikan kepada bayi melalui sudu atau cawan.

Bayi mungkin menangis kerana enggan menerima susu yang diberikan melalui sudu atau cawan. Ia merupakan pengalaman yang baru bagi bayi dan akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Pada waktu ini bayi mungkin mengambil sedikit sahaja susu perahan tetapi kekurangan ini dapat diganti pada penyusuan seterusnya.
Adalah penting untuk anda memerah susu di tempat kerja sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali sehari. Susu yang diperah boleh disimpan dan dibawa pulang sebagai bekalan susu untuk bayi pada keesokan harinya. Jika memerah susu di rumah, perahlah susu 30-40 minit selepas menyusui bayi anda.
Menyimpan perahan susu ibu
Sekiranya ibu memerah susu di tempat kerja, sebaik-baiknya simpanlah perahan susu ibu ke dalam peti sejuk. Jika di tempat kerja tidak ada peti sejuk, ibu bolehlah menyimpan susu dengan menggunakan termos yang boleh memuatkan bahan penyejuk (cooling element) dan sekurang-kurangnya dua botol susu.
Berapa lamakah susu perahan boleh disimpan?


·         3 bulan (bahagian atas atau ‘Freezer’)



·         48-72 jam (bahagian bawah)


·         4 jam (suhu bilik)

Bagaimana mencairkan susu perahan yang dibekukan?
·         Letakkan susu yang beku di bahagian bawah peti sejuk semalaman atau selama 6 hingga 8 jam. Susu yang beku juga boleh dicairkan dengan cara meletakkan bekas susu dilaluan air terus (air dari paip).
·         Rendam bekas susu di dalam mangkuk yang berisi air suam. Jangan menggunakan air yang terlalu panas kerana ini boleh membuat susu berbintil dan suhu yang tinggi akan memusnahkan enzim dan protein.
·         Cairkan kuantiti yang diperlukan.
·         Elakkan daripada memasak atau menggunakan alat gelombang mikro untuk mencairkan atau memanaskan susu. Memanaskan cara ini mungkin menyebabkan kehilangan khasiat susu ibu dan kadar kepanasannya yang tidak menentu boleh membahayakan bayi.
·         Periksa kepanasan susu dengan menitikkan di bahagian lengan anda. Susu seharusnya berada pada suhu badan.
·         Setelah dicairkan, susu mesti digunakan dalam masa 1 jam dan tidak boleh dibekukan semula.
Jika susu mendap, dimana terdapat dua lapisan susu, goncangkan bekas sebelum diberikan kepada bayi.
Bagaimanakah memberi susu perahan dengan cawan?
1.       Dudukkan bayi di atas peha.
2.      Letakkan cawan kecil yang mengandungi susu pada bibir bawah bayi dan condongkan supaya susu sampai ke bibir bayi.
3.      Jangan tuangkan susu terus ke dalam mulut bayi. Pegang cawan dan biarkan ia menghirup sendiri. Pada permulaannya susu akan tumpah sedikit. Ini adalah biasa.
4.      Apabila kenyang, dia akan berhenti sendiri.
Anda dah dapat tip-tip menarik ini. Jadi, lengkapkan keperluan susu anda dengan makanan tambahan dari Shaklee yang memberi khasiat kepada bayi anda.
Saya syorkan set 3M untuk ibu menyusu dimana terdiri daripada:
v Vita-Lea Iron Formula
v B-Complex
v Sustained Release Vita-C 500mg
v Alfalfa Complex
v ESP Soy Protein Isolate Powder
v OsteMatrix
SUSU IBU… YANG TERBAIK BUAT BAYI DAN ANDA
“I  LOVE  MUMMY  MILK”

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Alahan terhadap makanan


Alahan terhadap makanan kadang kala disalah ertikan dengan makanan yang tidak boleh diterima (intolerans terhadap makanan). Makanan tidak boleh diterima adalah apabila badan si manja tidak boleh mencerna makanan yang diambil. Alahan terhadap makanan pula sangat serius, tetapi jarang sekali berlaku.
Alahan makanan terjadi apabila badan si manja sangat sensitive dan menganggap makanan yang diambil sebagai ‘musuh’ dan memberikan reaksi tindakbalas alahan terhadapnya.
Salah satu cara untuk mengetahui sama ada kanak-kanak mempunyai alahan terhadap makanan ialah dengan memerhatikan sama ada dia mempunyai ‘gejala-gejala oral’. Sesetengah jenis makanan juga mungkin memberikan petanda seperti ruam, senak, mual dan loya, cirit birit, gatal-gatal atau hidung berair.
Bayi selalunya mudah mendapat alahan terhadap makanan. Ketika berusia 6 bulan, sesetengah bayi mungkin alah kepada gandum dan gluten. Jangan berikan telur kepada bayi sehingga dia berusia 1 tahun. Bagi kanak-kanak yang lebih tua, reaksi alahan terhadap kacang tanah kerap terjadi. Makanan-makanan lain yang boleh menyebabkan reaksi alahan ialah makanan laut, kacang soya, makanan berasaskan kacang soya dan sebagainya.
Kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis makanan untuk pemakanan yang seimbang. Pastikan anda betul-betul yakin tentang alahan sebelum mengeluarkan sesejenis makanan dari diet si manja.
Oleh itu, berilah si manja anda makanan tambahan dari Shaklee. Mulakan dengan Meal Shakes yang mempunyai perisa vanilla dan sumber terbaik serat pemakanan dan protein juga sumber pekat kalsium.
Anak Sihat, Ibu Gembira     I   LOVE    MAMA

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kenapa diet kilat tidak berkesan?



Anda tentu pernah membaca iklan yang berbunyi – “Anda Menjadi Langsing Dalam 14 Hari” – “Makanlah Sebanyak Yang Anda Mahu Dan Masih Boleh Kuruskan Badan” – “Diet Kami Terjamin Akan Meleburkan Lemak”. Masalah utama kesemuanya yang dipanggil “diet-diet ajaib” ini ialah semuanya tidak memberi kesan.
Sememangnya “perniagaan menguruskan badan” ini telah menjadi satu industri besar. Kita menghabiskan berjuta-juta ringgit setiap tahun untuk mendapatkan tubuh langsing, membeli buku-buku tentang diet, pil-pil diet dan peralatan diet. Kita Cuma membazir wang ringgit saja kerana penyelidikan telah menunjukkan bahawa antara 90 dan 95% orang yang berdiet dan mengikuti program diet jenis kilat yang berjaya… memperoleh semula segala berat badan yang terhapus dan selalunya berat badan juga bertambah!
Diet kilat boleh juga menjejaskan keseluruhan kecergasan anda. Apabila anda mengurangkang pengambilan kalori dengan banyak, tubuh anda menarik tenaga dari tisu-tisu tubuh yang tak berlemak dan bukan dari lemak. Kesan “tarikan paksa” ini melemahkan otot manakala memberi sedikit atau tiada kesan langsung kepada tisu adipos atau tisu lemak. Pengamal diet yang gagal mengalami kehilangat berat dan berakhir dengan menjadi lebih gemuk berbanding dengan sebelum mengamalkan diet.
“Alat bantuan diet” seperti penahan selera, perangsang, ubat penenang dan deuratik tidak memberi kesan kepada pengurangan berat badan secara tetap dan boleh membahayakan kesihatan. Pakar pemakanan berpendapat satu-satunya cara mengurangkan berat badan dengan selamat – dan menjauhkannya – ialah dengan mengubah gaya hidup anda dengan menitikberatkan tabiat makan yang lebih baik di samping meningkatkan aktiviti fizikal. Semua ini akan membantu anda mengubah corak hidup yang memberi hasil; yang membolehkan anda mencapai matlamat anda.
Mulakan diet anda dengan makanan tambahan dari Shaklee. Saya syorkan untuk anda yang inginkan penampilan menarik.
v Vita-Lea Iron Formula
v Herb-Lax
v OmegaGuard
v Alfalfa Complex
LANGSING  SEMUDAH  ABC!

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Mengurangkan berat badan secara praktikal



Jika anda benar-benar serius untuk mengurangkan berat badan, satu fakta perlu diingat selalu, bagi setiap 3500 kalori yang anda makan lebih daripada yang diperlukan oleh tubuh, anda akan memperolehi satu paun lemak tubuh. Sebaliknya untuk setiap 3500 kalori yang anda keluarkan daripada simpanan lemak anda, dengan kurang makan atau lebih bersenam, anda akan kehilangan satu paun lemak tubuh. Satu perkiraan yang mudah. Mengambil kira fakta ini, sebarang program pengurangan berat badan yang baik mestilah mengandungi unsur-unsur berikut:
§  Komitmen kepada perubahan sepanjang hayat dalam tabiat makan dan kegiatan fizikal
§  Pengurangan kalori dalam jumlah yang selamat dan munasabah
§  Diet pemakanan yang seimbang, pelbagai dan memuaskan
§  Pengurangan berat badan yang beransur-ansur, daripada terlalu cepat.
Satu cara mudah mengurangkan pengambilan kalori ialah “makan makanan tanpa lemak”. Lemak dan kolestrol yang berlebihan adalah bahaya untuk kesihatan dan kebanyakkan makanan yang mengandunginya juga mempunyai kalori yang tinggi. Pertimbangkan untuk mengambil ikan dan ayam bagi menggantikan daging lembu atau kambing.
Setiap diet yang bagus hendaklah juga mengandungi banyak serat untuk menolong mencegah keadaan penghadaman dan pengedaran tertentu dan menolong menggalakkan pelawasan.
Akhir sekali, jangan lupa aktiviti fizikal. Aktiviti tetap bukan sahaja membakar kalori tetapi juga memperbaiki pembentukkan otot, merangsang pengedaran dan membuat anda rasa lebih sihat.
Tidak ada penyelesaian yang mudah dan cepat bagi masalah kegemukan. Cara untuk mengurangkan berat badan secara munasabah dan selamat bukanlah mudah untuk diikuti-tetapi ia memberi hasil dan ini melibatkan satu bentuk komitmen dan disiplin bagi pihak individu. Makan secara munasabah, pilih imbangan makanan yang sesuai. Kurangkan lemak, gula dan garam berlebihan daripada diet dan sudah tentu, jangan lupa bentuk-bentuk senaman yang merupakan perkara yang penting dalam mengurangkan berat badan – secara praktikal.
Cara terbaik untuk kekal langsing dan rapi ialah dengan mengamalkan “Shape-Up Set” yang terdiri daripada:
v Cinch Shake Mix
v Cinch Energy Tea Mix
v Lecithin
v Herb-Lax
LANGSING  SEMUDAH  ABC!

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kalsium dan Osteoporosis : Kaitannya dengan senaman



Kalsium yang paling penting terdapat dalam darah anda, bukan dalam tulang anda. Hanya 1 peratus dari jumlah kalsium tubuh didapati dalam darah dan melaksanakan fungsi-fungsi penting ini:
§  Pancaran impul saraf
§  Pengecutan otot
§  Rentak peredaran jantung
§  Aktivit kimia dalam semua sel tubuh
Masalah bermula apabila jumlah pengambilan makanan tidak membekal kalsium yang cukup sedangkan darah mengganti bekalannya daripada kalsium yang tersimpan di dalam tulang. Keadaan ini boleh menyebabkan osteoporosis.
Osteoporosis sebenarnya bererti “tulang-tulang yang poros”. Tulang-tulang yang tegap sebelumnya kini menjadi ringan, lemah dan berongga. Oleh kerana, osteoporosis melemahkan tulang, keretakan vertebra menyebabkan tubuh menjadi bongkok dari pinggang ke atas dan boleh kehilangan ketinggian 4 inci atau lebih. Kaum wanita yang mempunyai struktur tulang yang kurang padat lebih cepat terjejas dari kaum lelaki. Oleh itu wanita adalah lapan kali lebih berkemungkinan mendapat osteoporosis daripada kaum lelaki.
Senaman membina tulang yang padat
Senaman adalah satu faktor penting bagi mengelak kehilangan kepadatan tulang. Penting untuk mengekalkan tulang dan ia boleh juga mewujudkan pertumbuhan tulang yang baru. Apabila usia meningkat, orang yang bersenam menunjukkan mereka mempunyai tulang yang lebih padat daripada mereka yang tidak bersenam. Jenis senaman yang terbaik ialah senaman seperti jogging, berjalan dan aerobik.
Bersenam amat digalakkan, namun adalah penting pelanggan mendapatkan kalsium yang cukup di samping menggunakan sepenuhnya faedah senaman itu. Jadi, sambil menyarankan kecergasan melalui senaman kepada pelanggan penting juga anda cadangkan supaya mereka mula menambah pengambilan kalsium dengan OsteMatrix untuk memastikan mereka mendapat kalsium yang cukup.
Senaman untuk cantik. Cergaskan diri anda dengan vitamin Shaklee.
“I  LOVE  VITAMIN  SHAKLEE”

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Aktiviti fizikal



Tahap 1 : Setiap hari
Menjadi aktif dengan pelbagai aktiviti:
·         Naik turun tangga
·         Berjalan kaki ke kedai
·         Membantu ibu bapa membuat kerja rumah
·         Berkebun


Tahap 2 : 5 - 6 kali seminggu
Lakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana; 30 minit sehari:
·         Berbasikal
·         Berenang
·         Menari
·         Bermain badminton
·         Bermain bola sepak
·         Lompat tali


Tahap 3 : 2 – 3 kali seminggu
Lakukan aktiviti  untuk meningkatkan kelenturan, kekuatan dan ketahan otot:
·         Lompat bintang
·         Tekan tubi atau bangkit tubi
·         Meregangkan badan
·         Bermain palang senaman


Tahap 4 : Hadkan
Kurangkan aktiviti sedentari tidak lebih daripada 30 minit untuk setiap aktiviti:
·         Menonton TV & video
·         Bermain permainan komputer

Senaman untuk cantik. Cergaskan diri anda dengan vitamin Shaklee.
“I  LOVE  VITAMIN  SHAKLEE”

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com

Apa itu senaman?




Senaman ialah satu kegiatan fizikal yang menggalakkan kecergasan fizikal. Kecergasan fizikal ialah keupayaan untuk melakukan kerja, seperti naik tangga atau berlari mengejar bas, dengan puas. Jika anda boleh berbual ketika sedang mengejar bas, anda mungkin cergas… tetapi jika anda tidak cergas, bagaimana untuk mencapai tahap itu?
Bagaimana memulakannya?
Cara terbaik untuk membina lebih banyak tenaga di dalam hidup anda ialah dengan memulakan satu program senaman tetap hari ini. Jika anda baru bermula, biar ringkas tetapi menyeronokkan. Beberapa kegiatan yang boleh anda timbang ialah berjalan cepat, jogging, menunggang basikal, aerobic atau berenang. Ia hendaklah merupakan satu kegiatan yang boleh meningkatkan kadar jantung dan membuat tubuh anda cergas. Bersenam dengan tetap untuk beberapa minggu pertama dan anda akan menikmati hasilnya.
Kebaikan bersenam dan bersukan
1.       Menyihatkan badan
2.      Meningkatkan kekuatan tulang dan otot
3.      Mengekalkan berat badan yang sihat
4.      Meningkatkan stamina
5.      Membina keyakinan diri dan kecekapan
6.      Menggalakkan semangat kerjasama dan menjalin persahabatan
Senaman untuk cantik.
Cergaskan diri anda dengan vitamin Shaklee.
“I  LOVE  VITAMIN  SHAKLEE”

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com

Jangan biarkan tubuh anda kehilangan vitamin C


Vitamin C adalah vitamin larut air dan ia hilang dari badan secara berterusan. Setiap orang perlukan vitamin C setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang baik, jadi adalah penting untuk menggantikan semula jumlah yang hilang. Malah, vitamin C adalah keperluan harian tubuh tertinggi berbanding sebarang vitamin. Kenapa keperluannya begitu tinggi? Sebab sebahagian vitamin C memainkan peranan dalam banyak fungsi tubuh berbanding sebarang vitamin lain atau mineral. Tugasnya yang paling asas ialah untuk menjaga gigi, tulang, saluran darah, otot dan matrik kolagen yang menjadikan tulang rawan. Ia juga membantu dalam penyembuhan luka dan rintangan kepada serangan penyakit, dan ia boleh mengurangkan penyempitan cabang tenggorok yang terjadi apabila seseorang terdedah kepada ozon. Terlalu sedikit vitamin C boleh membawa kepada masalah usus yang serius, dan kini jarang diperhatikan di kebanyakan negara-negara yang mempunyai pemakanan yang cukup.
Jika diet seimbang dipatuhi, kebanyakan daripada kita akan mendapat vitamin C yang cukup dalam sayur-sayuran hijau segar, kentang, sitrus dan buah-buahan lain seperti tembikai, beri dan tomato. Tetapi walaupun anda fikir anda mendapat bekalan vitamin C harian yang dicadangkan, bekalan sebenar tubuh anda perlukan mungkin terhapus oleh beberpa aktiviti. Malah lebih teruk lagi, gaya hidup kita boleh mempengaruhi jumlah vitamin C dalam system kita. Merokok, pencemaran, penyalahgunaan alcohol, penggunaan pil perancang dan ubatan tertentu, dan tekanan daripada berdiet dan aktiviti fizikal, semuanya boleh mengurangkan jumlah vitamin C atau malah memusnahkannya sebelum tubuh kita boleh menggunakannya.
Untuk memastikan kita beroleh kesihatan yang baik dengan mendapat jumlah vitamin C yang sempurna, Shaklee telah menghasilkan Sustained Release Vita-C 500mg yang dapat membantu tubuh anda sentiasa cergas dan bertenaga.
“I  LOVE  VITAMIN  SHAKLEE”

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.