Kenapa diet kilat tidak berkesan?



Anda tentu pernah membaca iklan yang berbunyi – “Anda Menjadi Langsing Dalam 14 Hari” – “Makanlah Sebanyak Yang Anda Mahu Dan Masih Boleh Kuruskan Badan” – “Diet Kami Terjamin Akan Meleburkan Lemak”. Masalah utama kesemuanya yang dipanggil “diet-diet ajaib” ini ialah semuanya tidak memberi kesan.
Sememangnya “perniagaan menguruskan badan” ini telah menjadi satu industri besar. Kita menghabiskan berjuta-juta ringgit setiap tahun untuk mendapatkan tubuh langsing, membeli buku-buku tentang diet, pil-pil diet dan peralatan diet. Kita Cuma membazir wang ringgit saja kerana penyelidikan telah menunjukkan bahawa antara 90 dan 95% orang yang berdiet dan mengikuti program diet jenis kilat yang berjaya… memperoleh semula segala berat badan yang terhapus dan selalunya berat badan juga bertambah!
Diet kilat boleh juga menjejaskan keseluruhan kecergasan anda. Apabila anda mengurangkang pengambilan kalori dengan banyak, tubuh anda menarik tenaga dari tisu-tisu tubuh yang tak berlemak dan bukan dari lemak. Kesan “tarikan paksa” ini melemahkan otot manakala memberi sedikit atau tiada kesan langsung kepada tisu adipos atau tisu lemak. Pengamal diet yang gagal mengalami kehilangat berat dan berakhir dengan menjadi lebih gemuk berbanding dengan sebelum mengamalkan diet.
“Alat bantuan diet” seperti penahan selera, perangsang, ubat penenang dan deuratik tidak memberi kesan kepada pengurangan berat badan secara tetap dan boleh membahayakan kesihatan. Pakar pemakanan berpendapat satu-satunya cara mengurangkan berat badan dengan selamat – dan menjauhkannya – ialah dengan mengubah gaya hidup anda dengan menitikberatkan tabiat makan yang lebih baik di samping meningkatkan aktiviti fizikal. Semua ini akan membantu anda mengubah corak hidup yang memberi hasil; yang membolehkan anda mencapai matlamat anda.
Mulakan diet anda dengan makanan tambahan dari Shaklee. Saya syorkan untuk anda yang inginkan penampilan menarik.
v Vita-Lea Iron Formula
v Herb-Lax
v OmegaGuard
v Alfalfa Complex
LANGSING  SEMUDAH  ABC!

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment