Keperluan pemakanan wanita




Lelaki dan wanita jelas sekali berbeza antara satu sama lain. Pada amnya, mereka tidak mempunyai gaya hidup, tanggungjawab atau masalah kesihatan yang sama. Lelaki dan wanita mempunyai keperluan pemakanan yang berbeza dan tabiat makan yang berbeza.
Perbezaan pemakaanan yang paling ketara antara kedua-duanya ialah jumlah makanan sebenar yang dimakan. Oleh kerana saiz tubuh yang besar, kaum lelaki biasanya makan lebih banyak daripada kaum wanita. Kaum wanita pula lebih kerap mengurangkan berat badan dan mungkin juga mengambil kurang daripada 18 kalori sehari.

Lagipun keadaan tubuh wanita diperingkat melahirkan anak membuat mereka perlu mendapatkan khasiat tambahan. Kehilangan darah setiap bulan semasa haid meningkatkan keperluan untuk zat besi dan khasiat lain. Wanita yang menggunakan pil pencegah hamil mungkin memerlukan Vitamin B6 dan asid folik yang lebih banyak.

Kalsium adalah satu lagi khasiat yang sering kekurangan bagi kaum wanita di semua peringkat hayat mereka. Kanak-kanak dan gadis remaja memerlukan banyak kalsium untuk memastikan tulang mereka kuat dan tegap.  Wanita yang mengandung atau menyusukan anak perlukan lebih banyak kalsium kerana terpindahnya sejumlah besar kalsium kepada bayi mereka yang membesar. Wanita yang lebih tua lebih cenderung kekurangan jisim tulang atau mengidap osteoporosis yang boleh diatasi dengan bekalan kalsium yang banyak dalam pemakanan semasa sebelum mencapai 35 tahun.

Cara yang baik untuk memastikan keperluan khasiat-khasiat khusus ini diperolehi ialah dengan menokok pemakanan dengan pemakanan tambahan bermutu tinggi.
Saya mencadangkan Women’s Health Set yang terdiri daripada:
v GLA Complex
v Ostematrix
v OmegaGuard
“I  LOVE  VITAMIN  SHAKLEE”

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment