Kesihatan optimum


Ramai orang mengambil mudah tentang kesihatan, sehinggalah tiba masa sakit. Tanpa kesihatan optimum, kehidupan tidak dikecapi sepenuhnya. Kesihatan optimum merangkumi 4 perkara dalam hidup kita : senaman, diet, rehat dan sikap mental yang positif. Keseimbangan 4 perkara inilah yang membentuk kesihatan optimum.

Senaman – Berusaha ke arah kesihatan optimum!
Tidakkan anda ingin kelihatan dan berasa lebih sihat serta memiliki lebih banyak tenaga? Senaman mempunyai faedah-faedah ini. Senaman dan pergerakkan yang tetap mempengaruhi tubuh badan supaya anda berasa lebih sihat.

Diet – Pemakanan untuk sepanjang hayat
Kita memerlukan makanan untuk hidup. Pernahkah anda memikirkan cara makanan yang anda makan itu mempengaruhi kualiti hidup anda? Para saintis telah mengenalpasti banyak bahan-bahan dalam makanan adalah perlu supaya kita sentiasa sihat. Ini termasuklah karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan serat.

Rehat seharian
Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk tidur? Jika pernah, sertailah 20% – 40& orang dewasa yang berkongsi masalah ini. Yang ironiknya, untuk mendapatkan “kesihatan optimum” (senaman, cara makan yang sihat dan peningkatan diri), maka peruntukan rehat setiap hari perlu dititikberatkan.

Sikap mental positif
Ramai di kalangan kita pernah mengalami “ramalan kendiri”. Kita sangat percaya bahawa sesuatu akan berlaku apabila kita menyebabkannya berlaku. Pemikiran adalah harta yang berkuasa dan kita perlu menjaganya supaya ia sentiasa sihat. Sikap mental positif membantu kita mengekalkan kesihatan mental yang baik dan sangat penting jika kita menginginkan kesihatan optimum.

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Oleh itu, untuk mencapai kesihatan optimum adalah penting untuk mengisi kehidupan kita dengan pemikiran positif sebanyak yang mungkin.
Positif kan fikiran kita dengan mengambil supplement tambahan untuk kecergasan anda setiap hari.
“I  LOVE  VITAMIN  SHAKLEE”

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com

No comments:

Post a Comment