Mengurangkan berat badan secara praktikal



Jika anda benar-benar serius untuk mengurangkan berat badan, satu fakta perlu diingat selalu, bagi setiap 3500 kalori yang anda makan lebih daripada yang diperlukan oleh tubuh, anda akan memperolehi satu paun lemak tubuh. Sebaliknya untuk setiap 3500 kalori yang anda keluarkan daripada simpanan lemak anda, dengan kurang makan atau lebih bersenam, anda akan kehilangan satu paun lemak tubuh. Satu perkiraan yang mudah. Mengambil kira fakta ini, sebarang program pengurangan berat badan yang baik mestilah mengandungi unsur-unsur berikut:
§  Komitmen kepada perubahan sepanjang hayat dalam tabiat makan dan kegiatan fizikal
§  Pengurangan kalori dalam jumlah yang selamat dan munasabah
§  Diet pemakanan yang seimbang, pelbagai dan memuaskan
§  Pengurangan berat badan yang beransur-ansur, daripada terlalu cepat.
Satu cara mudah mengurangkan pengambilan kalori ialah “makan makanan tanpa lemak”. Lemak dan kolestrol yang berlebihan adalah bahaya untuk kesihatan dan kebanyakkan makanan yang mengandunginya juga mempunyai kalori yang tinggi. Pertimbangkan untuk mengambil ikan dan ayam bagi menggantikan daging lembu atau kambing.
Setiap diet yang bagus hendaklah juga mengandungi banyak serat untuk menolong mencegah keadaan penghadaman dan pengedaran tertentu dan menolong menggalakkan pelawasan.
Akhir sekali, jangan lupa aktiviti fizikal. Aktiviti tetap bukan sahaja membakar kalori tetapi juga memperbaiki pembentukkan otot, merangsang pengedaran dan membuat anda rasa lebih sihat.
Tidak ada penyelesaian yang mudah dan cepat bagi masalah kegemukan. Cara untuk mengurangkan berat badan secara munasabah dan selamat bukanlah mudah untuk diikuti-tetapi ia memberi hasil dan ini melibatkan satu bentuk komitmen dan disiplin bagi pihak individu. Makan secara munasabah, pilih imbangan makanan yang sesuai. Kurangkan lemak, gula dan garam berlebihan daripada diet dan sudah tentu, jangan lupa bentuk-bentuk senaman yang merupakan perkara yang penting dalam mengurangkan berat badan – secara praktikal.
Cara terbaik untuk kekal langsing dan rapi ialah dengan mengamalkan “Shape-Up Set” yang terdiri daripada:
v Cinch Shake Mix
v Cinch Energy Tea Mix
v Lecithin
v Herb-Lax
LANGSING  SEMUDAH  ABC!

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment