Panduan penyusuan susu ibu bagi ibu yang bekerja




Tahniah kerana anda telah berjaya menyusukan bayi anda sehingga kini. Tentu sekarang ini anda sedang bersedia untuk kembali bekerja. Tahukah anda bahawa anda masih boleh meneruskan penyusuan susu ibu setelah kembali bekerja?
Anda disarankan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya (tanpa makanan dan minuman lain) sehingga bayi berumur 4 – 6 bulan. Penyusuan ini amat baik jika diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun kerana susu ibu mempunyai banyak faedah. Makanan tambahan, walau bagaimanapun hendaklah diberi apabila bayi berumur 4 – 6 bulan.
Selain daripada tekad ibu untuk menyusu, sokongan daripada ahli keluarga terdekat (suami, ibu, ibu mertua), majikan, jiran dan rakan adalah penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu.
Apakah yang boleh dilakukan untuk meneruskan penyusuan susu ibu?
1.       Jika majikan ada menyediakan tempat jagaan bayi di tempat kerja anda atau terdapat tempat jagaan bayi yang berhampiran, bawalah bayi anda ke tempat jagaan tersebut supaya anda boleh menyusukan bayi anda pada waktu rehat.
2.      Jika tidak, anda masih boleh meneruskan penyusuan susu ibu melalui susu ibu yang diperah.
Bagaimanakah memerah susu dengan tangan?
Ibu tidak memerlukan peralatan mahal. Memerah susu dengan tangan adalah mudah dan bersih. Caranya:
1.       Basuh tangan dengan bersih.
2.      Tenangkan fikiran dan bayangkan wajah bayi anda untuk merangsangkan pengaliran susu.
3.      Jika payudara bengkak, tuam panas payudara 3-5 minit sebelum memerah.
4.      Letakkan ibu jari di sebelah atas payudara, berdekatan dengan tepi areola dan jari yang lain di sebelah bawah, berdekatan dengan tepi areola (lihat gambar di bawah).


5.      Tekankan payudara ke belakang, ke arah dada dan kemudian dengan perlahan-lahan tekan ibu jari dan jejari serentak.
6.      Perah ke dalam bekas yang bersih.
7.      Ulang beberapa kali mengikut pusingan untuk mengosongkan semua bahagian payudara.
8.     Perah setiap belah payudara selama 5-10 minit secara bergilir.
Ibu yang sudah biasa memerah susu boleh memperolehi kuantiti susu yang banyak dalam masa 15-20 minit. Setelah berlatih selama 2 minggu, anda mungkin dapat memerah susu sebanyak empat bekas sehari dengan 70-90ml bagi setiap bekas.
Apakah kebaikan yang boleh ibu dapati dengan memerah susu?
·         Pemerahan susu ibu yang kerap menyebabkan bekalan susu ibu tidak putus dan penyusuan susu ibu dapat diteruskan walaupun setelah ibu kembali bekerja.
·         Pemerahan susu ibu dapat mengurangkan masalah bengkak dan radang payudara (mastitis).
Bila harus anda mula memerah susu ibu dan melatih bayi meminum susu perahan?
Pemerahan susu ibu dan pemberian susu perahan kepada bayi memerlukan latihan. Ibu dinasihatkan melakukan latihan ini 2 minggu sebelum kembali bekerja. Susu yang diperah ini boleh diberikan kepada bayi melalui sudu atau cawan.

Bayi mungkin menangis kerana enggan menerima susu yang diberikan melalui sudu atau cawan. Ia merupakan pengalaman yang baru bagi bayi dan akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Pada waktu ini bayi mungkin mengambil sedikit sahaja susu perahan tetapi kekurangan ini dapat diganti pada penyusuan seterusnya.
Adalah penting untuk anda memerah susu di tempat kerja sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali sehari. Susu yang diperah boleh disimpan dan dibawa pulang sebagai bekalan susu untuk bayi pada keesokan harinya. Jika memerah susu di rumah, perahlah susu 30-40 minit selepas menyusui bayi anda.
Menyimpan perahan susu ibu
Sekiranya ibu memerah susu di tempat kerja, sebaik-baiknya simpanlah perahan susu ibu ke dalam peti sejuk. Jika di tempat kerja tidak ada peti sejuk, ibu bolehlah menyimpan susu dengan menggunakan termos yang boleh memuatkan bahan penyejuk (cooling element) dan sekurang-kurangnya dua botol susu.
Berapa lamakah susu perahan boleh disimpan?


·         3 bulan (bahagian atas atau ‘Freezer’)



·         48-72 jam (bahagian bawah)


·         4 jam (suhu bilik)

Bagaimana mencairkan susu perahan yang dibekukan?
·         Letakkan susu yang beku di bahagian bawah peti sejuk semalaman atau selama 6 hingga 8 jam. Susu yang beku juga boleh dicairkan dengan cara meletakkan bekas susu dilaluan air terus (air dari paip).
·         Rendam bekas susu di dalam mangkuk yang berisi air suam. Jangan menggunakan air yang terlalu panas kerana ini boleh membuat susu berbintil dan suhu yang tinggi akan memusnahkan enzim dan protein.
·         Cairkan kuantiti yang diperlukan.
·         Elakkan daripada memasak atau menggunakan alat gelombang mikro untuk mencairkan atau memanaskan susu. Memanaskan cara ini mungkin menyebabkan kehilangan khasiat susu ibu dan kadar kepanasannya yang tidak menentu boleh membahayakan bayi.
·         Periksa kepanasan susu dengan menitikkan di bahagian lengan anda. Susu seharusnya berada pada suhu badan.
·         Setelah dicairkan, susu mesti digunakan dalam masa 1 jam dan tidak boleh dibekukan semula.
Jika susu mendap, dimana terdapat dua lapisan susu, goncangkan bekas sebelum diberikan kepada bayi.
Bagaimanakah memberi susu perahan dengan cawan?
1.       Dudukkan bayi di atas peha.
2.      Letakkan cawan kecil yang mengandungi susu pada bibir bawah bayi dan condongkan supaya susu sampai ke bibir bayi.
3.      Jangan tuangkan susu terus ke dalam mulut bayi. Pegang cawan dan biarkan ia menghirup sendiri. Pada permulaannya susu akan tumpah sedikit. Ini adalah biasa.
4.      Apabila kenyang, dia akan berhenti sendiri.
Anda dah dapat tip-tip menarik ini. Jadi, lengkapkan keperluan susu anda dengan makanan tambahan dari Shaklee yang memberi khasiat kepada bayi anda.
Saya syorkan set 3M untuk ibu menyusu dimana terdiri daripada:
v Vita-Lea Iron Formula
v B-Complex
v Sustained Release Vita-C 500mg
v Alfalfa Complex
v ESP Soy Protein Isolate Powder
v OsteMatrix
SUSU IBU… YANG TERBAIK BUAT BAYI DAN ANDA
“I  LOVE  MUMMY  MILK”

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment