Pemakanan untuk kulit yang sihat



Wajah yang cantik bermula dari dalam – dengan makanan yang anda makan dan zat makanan yang anda ambil.

Kulit adalah organ tubuh yang terbesar, mengandungi lebih 25% dari berat tubuh. Kulit yang teguh dan tahan ini adalah untuk pelbagai tujuan. Ia melindungi dari bahan-bahan asing, menghapuskan sebahagian besar bahan-bahan sisa tubuh dan menghalang kehilangan bendalir yang berlebihan.

Walaupun hampir semua khasiat memainkan satu peranan dalam kesihatan kulit, keperluan pemakanan yang pertama ialah protein yang cukup. Kekurangan protein boleh mengakibatkan keadaan otot yang lemah dan kulit yang tidak bermaya. Tidak cukup lemak, yang membekalkan asid lemak yang perlu, boleh menyebabkan kulit kasar dan kesat. Karbohidrat kompleks yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kekurangan vitamin-mineral yang boleh mengakibatkan pelbagai gangguan kulit, dari yang kecil hinggalah yang teruk.

Vitamin kulit yang utama ialah vitamin A, yang mana bila kekurangan, dikaitkan dengan benjol-benjol kecil, rupa dan gaya menjadi kering dan kesat. Vitamin E ialah pelindung kulit daripada menjadi cepat tua kerana ia melindungi sel-sel kulit dari dimusnahkan oleh oksigen. Bijirin penuh, minyak sayur dan sayuran hijau adalah sumber vitamin E yang baik.

Hampir semua vitamin B terlibat dengan kesihatan dan kecantikan kulit. Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan sudut bibir pecah, boleh menyebabkan kulit berminyak berlebihan dan kulit pecah-pecah. Ia juga membuat kulit pucat tak bermaya kerana anemia. Sumber terbaik bagi keseluruhan vitamin B Kompleks ialah bijirin penuh, hati, daging tanpa lemak, telur dan sayuran daun hijau.

Vitamin C diperlukan untuk pembentukan kolagen, “peanut biologi” yang menyatukan sel-sel tubuh bersama. Kolagen yang lemah boleh menyebabkan kulit berbintik, kulit hilang warna yang mudah lebam apabila terhantuk. Sumber-sumber vitamin C yang kaya termasuklah buah sitrus, tembikai, beri, kentang dan tomato.

Resepi untuk kulit yang sihat, berseri adalah mudah tetapi tidak mudah diikuti: 4 sajian buahan dan sayuran dan 4 sajian bijian penuh sehari diiringi dengan sajian kecil daging tanpa lemak, ikan dan barangan tenusu. Jika anda rasa sukar mengikuti diet kulit sihat ini, anda mungkin mahu mengambil pemakanan tambahan untuk membekal khasit-khasit yang kekurangan dalam diet anda.

Kecantikkan bukan sekadar di luar sahaja. Untuk kelihatan “cantik di luar”, anda juga perlu mewujudkan “kecantikan di dalam”
Saya mencadangkan Set Kecantikan Kulit yang terdiri daripada:
v Vitamin E
v B-Complex
v Sustained Release Vita-C 500mg
Dan tambahan ESP Soy Protein Isolate Powder untuk kulit gebu selamanya.

KECANTIKAN  ADALAH  IMPIAN  WANITA
Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment