Tip tingkatkan daya imuniti



Bayi mempunyai pertahanan imunologi sejak lahir, namun ia belum cukup matang dan akan terus diperkuat sehingga usia empat atau lima tahun.
Ø  Imunisasi
Imunisasi berkesan untuk melindungi badan si manja sebelum diserang penyakit yang boleh membawa maut. Pemvaksinan boleh dilakukan ketika si manja sihat. Melalui vaksin, ia bertindak dengan merangsang tindak balas imun secara tiruan terhadap antigen tertentu dalam badan anak anda. Seterusnya mengeluarkan antibodi untuk menentang virus untuk melawan jangkitan penyakit.

Ø  Susu Ibu
Ia adalah ‘cecair emas’. Ini boleh menguatkan system imun si manja. Susu pertama bayi ialah kolostrum, kaya dengan antioksida dalam bentuk vitamin E dan beta karotena yang melindungi bayi daripada serangan kuman. Pemberian susu ibu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama adalah yang terbaik dan hendaklah diteruskan sehingga 2 tahun.

Ø  Persekitaran sihat dan ceria
Elakkan membawa anak di kawasan yang sesak dengan orang ramai dan mereka yang tidak sihat. Bawa mereka ke taman permainan untuk melakukan aktiviti fizikal seperti senaman, berjoging, berenang, bermain badminton atau menunggang basikal yang boleh membantu meningkatkan kecekapan fungsi imun.

Ø  Emosi positif
Anak yang menghadapi tekanan mampu mengurangkan keupayaan system imun untuk menentang jangkitan yang menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. Oleh itu, wujudkan emosi yang positif supaya anak gembira. Lakukan aktiviti bersama seperti membaca, mewarna, melukis dan bermain bersama-sama anda. Suasana seperti ini boleh membantu menguatkan system imun kerana ia membantu mengurangkan horman tekanan dan menambah sel imun.

Ø  Pemakanan yang seimbang
Apa yang anak anda makan boleh mempengaruhi system imunnya. Jadi hidanglah makanan yang berzat untuknya membesar dengan system pertahanan badan yang kuat. Hasil kajian menunjukkan risiko penyakit berjangkit adalah lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan. Jadi sediakan diet yang lengkap dan seimbang untuk anak anda. Rujuk kepada Piramid Panduan Makanan yang dapat membantu menjamin system imun si manja berfungsi dengan baik.

 

Anak Sihat, Ibu Gembira… I   LOVE    MAMA

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com

No comments:

Post a Comment