8 Tip Pastikan Buah Pinggang Kekal Sihat


1.      Sentiasa awasi tekanan darah dan paras gula
Kandungan gula yang berlebihan dalam darah untuk tempoh yang lama akan merosakkan berjuta sel halus di antara kedua buah pinggang.
Tekanan darah tinggi pula boleh merosakkan salur darah halus ke buah pinggang anda.

2.     Makan perlulah seimbang
Makanlah mengikut panduan pyramid pemakanan atau dengan mengimbangi sajian anda dengan keperluan karbohidrat, protein, vitamin dan juga sedikit lemak. Bagi menjamin buah pinggang anda kekal berkualiti, banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan kacang, bayam, kacang soya, coklat dan ubi kentang kerana ia mampu menambahkan risiko berlakunya batu karang dalam buah pinggang.

3.     Kurangkan pengambilan daging
Diet yang tinggi kandungan protein dari haiwan akan memudahkan pembentukan batu karang akibat terkumpulnya kalsium berlebihan. Daging biasanya akan menghasilkan asid urik selepas ia diproses oleh tubuh. Selain batu karang, asid urik berlebihan juga boleh mengakibatkan gout.

4.     Kurangkan pengambilan garam
Garam yang berlebihan akan mengakibatkan lebih banyak cecair terkumpul di dalam badan atau juga dikenali sebagai ‘water retention’. Keadaan ini juga membuatkan buah pinggang anda akan ‘dikerah’ untuk bekerja secara berlebihan.

5.     Minum air secukupnya
Air yang cukup memainkan peranan penting untuk membantu buah pinggang menyingkirkan toksin berlebihan.

6.     Jangan merokok
Merokok bukan sahaja meningkatkan dua kali ganda risiko diserang kanser buah pinggang sebaliknya turut menyumbang kepada risiko kematian akibat penyakit lain seperti serangan jantung.

7.     Kurangkan pengambilan kafein
Kafein mempunyai kelebihan menyerap cecair dalam tubuh. Oleh itu, pengambilannya secara berlebihan akan membuatkan tubuh mudah dehidrasi. Tubuh yang dehidrasi atau kekeringan ini akan membuatkan buah pinggang anda terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyingkirkan cecair atau toksin yang tidak diperlukan dari tubuh. Ini memberi tekanan berlebihan kepada buah pinggang anda. Justeru, bertukarlah kepada kopi atau teh yang tidak mengandungi kafein.

8.    Hidup lebih aktif
Jangan lupa untuk bersenam kerana senaman secara keseluruhan baik untuk kesihatan tubuh. Bagaimanapun jika anda sudah menghidap penyakit buah pinggang , pilihlah aktiviti yang lebih santai seperti berjalan, yoga atau berkebun.

Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment