Gaya pemakanan yang salah, mampu sabotaj diet anda!


Anda makan walaupun ketika perut tidak lapar? Atau anda tak mahu makan kerana takut berat badan naik dengan mendadak? Lebih teruk lagi, anda kadangkala makan mengikut emosi. Sewaktu sedih dan tertekan, anda makan lebih banyak daripada biasa. Ketika gembira, anda boleh bertahan dengan tidak makan sehari suntuk. Kalau ini yang terjadi, masalah itu sebenarnya dipanggil ‘ eating disorder’. Ada juga yang menyebutnya sebagai ‘emotional eater’. Tahukah anda, perkara-perkara seperti inilah yang mampu mensabotaj diet anda?
Makan mengikut emosi
Makan ketika lapar itu boleh diterima akal. Tetapi ada juga orang memilih untuk makan sebagai ganjaran kepada diri sendiri selepas berjaya melakukan sesuatu perkara, ketika hati rasa senang, ketika sedih atau ketika bosan. Lazimnya manusia akan mencari makanan jika :
Ø  Tertekan
Ø  Murung
Ø  Marah
Ø  Sunyi
Ø  Bosan
Ø  Kecewa
Ø  Gelisah
Bagaikan satu teori, kebanyakan kita akan memilih makanan kegemaran setiap kali kita berasa tidak selesa dengan diri sendiri. Untuk menukar tindak balas automatic seperti ini memanglah agak sukar. Tetapi jika anda belajar untuk mengawal pengambilan kalori demi mengurangkan berat badan dan juga untuk mengekalkan kesihatan, usaha anda pasti lebih bermakna.
Selain itu, ada juga yang memilih untuk tidak mahu makan. Walaupun mereka tahu tubuh memerlukan beberapa khasiat tertentu untuk kekal sihat, tetapi mereka sanggup mengabaikan keperluan ini asalkan tubuh badan mereka kekal langsing. Kalau kehendak nafsu makan gagal dikawal, mereka akan melayan selera sehebat-hebatnya. Selepas itu, mereka sanggup membahayakan diri sendiri demi mengeluarkan semula makanan yang telah mereka makan.
Secara ringkasnya, berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi tabiat makan yang tidak baik ini ;
Bersenam
Ia membantu mengurangkan sebarang tekanan dan kegelisahan. Senaman juga menjadikan anda selesa dengan diri sendiri.
Dapatkan pandangan orang lain
Beritahu rakan-rakan terdekat atau kumpulan sokongan agar mereka boleh membantu anda mengatasi masalah ini.
Minum air putih dalam kadar yang cukup
Kita sering menganggap dahaga sebagai lapar. Sebelum memilih untuk menikmati hidangan, apa kata anda isi dahulu perut dengan segelas air. Mungkin kesannya berbeza selepas itu.
Berjalan-jalanlah
Berjalan kaki sangat bagus untuk kesihatan tubuh. Selain itu, ia juga baik untuk melatih meditasi dan konsentrasi kerja.
Dengar lagu kegemaran
Muzik adalah antara cara terbaik untuk melegakan perasaan setiap kali anda mengalami tekanan, bosan atau penat. Bagi orang Islam, banyakkan amal ibadat dengan bersolat sunat, mengaji dan sebagainya.
Minumlah secawan teh
Salah satu cara terbaik untuk mengatasi rasa lapar ialah dengan menikmati secawan teh
herba. Ia mampu mengenyangkan perut dengan menambah sedikit madu demi memenuhi kenginan menikmati rasa manis.
Saya syorkan ‘Body Perfector Set’ untuk tubuh yang sihat dan langsing.
Kebaikannya :
ü  Makanan segera untuk mereka yang aktif.
ü  Tinggi kandungan serat, memberi rasa puas dan kenyang.
ü  Mengandungi nutrisi yang lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan.

Cinch Shake Mix



LANGSING  SEMUDAH  ABC!
Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment