Perangi diabetes dengan 6 jenis makanan


Kurangkan pengambilan gula! Ya, itulah langkah terbaik untuk mencegah diabetes atau penyakit kencing manis ini. Bagaimanapun, anda harus tahu yang anda mampu lakukan lebih dari itu. Pelbagai kajian kebelakangan ini mendapati bahawa beberapa makanan dapat membantu anda mengurangkan lagi risiko diabetes. 
1.      Pastikan anda mendapat kandungan kromium yang cukup

Diabetes jenis II berlaku apabila sel tubuh tidak mampu menggunakan hormon insulin dengan betul. Peranan insulin adalah untuk menguraikan glukosa dari dalam darah ke dalam sel sebelum digunakan sebagai tenaga. Bagaimanapun, keadaan ini berlaku sebaliknya kepada pesakit diabetes di mana mereka rintang terhadap insulin. Kromium dikatakan dapat membantu tubuh untuk menggunakan insulin dengan lebih efektif. Mineral ini dapat membantu menurunkan paras glukosa berlebihan dan juga bertindak menguraikan lemak tebal khususnya yang berkumpul di bahagian pinggang dan pinggul anda.

2.     Keperluan magnesium, satu kemestian!

Magnesium membantu kira-kira 300 proses bio-kimia termasuklah penghasilan, pengeluaran dan aktiviti insulin. Menurut kajian yang dilakukan oleh pelajar dari Sekolah Perubatan Feinberg, Universiti Northwestern mendapati bahawa wanita yang mengamalkan diet tinggi magnesium akan mengurangkan 48% risiko diserang diabetes. Justeru, 320 miligram magnesium adalah jumlah pengambilan yang disarankan dalam sehari.

3.      Setiap hari perlu ada serat dan gandum
Menurut Pakar Pemakanan dari Universiti Minnesota, wanita yang mengambil makanan dari sumber gandum setiap hari mampu mengurangkan risiko diserang diabetes sebanyak 22%. Makanan dari sumber gandum juga biasanya mengandungi zat magnesium dan kromium di dalamnya. Makanan dari sumber gandum ini juga tinggi serat dan dicerna dengan perlahan membuatkan anda rasa kenyang lebih lama. Ia juga membantu mengawal paras gula dalam darah.
4.     Vitamin D, perlu ada dalam diet
Satu kajian yang dilakukan oleh Prof. David Feldman, M.D. dari Sekolah Perubatan Stanford, California mendapati bahawa wanita yang kurang kandungan vitamin D dalam tubuh akan menghasilkan insulin yang kurang. Bagi mendapatkan manfaat vitamin D ini, dedahkanlah diri anda kepada cahaya matahari pagi setiap hari selama 10 hingga 20 minit. Selain itu, sumber vitamin D yang lain adalah di dalam oren, susu dan sesetengah bijirin.
5.     Taburkan sedikit kulit kayu manis
Anda boleh membantu merendahkan tahap gula dalam tubuh dengan hanya menaburkan ½ sudu kecil serbuk kayu manis ke dalam segelas susu kocak anda. Nikmatinya setiap hari sebagai sarapan. Rempah ratus atau herba mampu membantu mengurangkan risiko anda mendapat diabetes sebanyak 29%. Serbuk kayu manis pula mempunyai aroma yang harum dan rasa manis semulajadi menjadikan ia sangat sesuai menggantikan gula sebagai pemanis. Lebih penting, ia tanpa kalori!
6.     Nikmati Latte!
Laporan terkini yang diterbitkan di dalam jurnal ‘Diabetes Care’ mendapati bahawa wanita yang menikmati secawan kopi setiap hari dapat mengurangkan risiko diserang diabetes jenis II sebanyak 13% manakala jika anda minum dua cawan kopi pula anda akan mengurangkan 42% risikonya. Menurut Dr. Balz Frei, Ph.D, dari Universiti Oregon, bagi mendapatkan hasil selaras dengan keperluan kesihatan, pilihlah kopi bebas kafein.
Penyakit kencing manis semakin menular dikalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis.
Penyakit kencing manis membawa kepada:
·         Penyakit jantung
·         Penyakit buah pinggang
·         Luka lambat sembuh dan
·         Hilang fungsi saraf
Set Sugar Control Shaklee membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan pengidap kencing manis.
Kebaikan:
ü  Mengekalkan paras gula sihat dalam darah
ü  Melegakan rasa kebas dan semut-semutan
ü  Membantu menyembuhkan luka
Set Sugar Control Shaklee terdiri daripada :
v ESP Soy Protein Isolate Powder
v Vita-Lea Iron Formula
v GLA Complex
v Alfalfa Complex
v Sustained Release Vita-C 500mg
v Zinc Complex

“I  LOVE  VITAMIN  SHAKLEE”

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment