Tip Elak Tekanan Kerja



1.       Rancang aktiviti anda dengan sebaiknya. Contohnya, apa, mengapa, bagaimana dan siapa yang bertanggungjawab terhadap tugasan ini. Bukan sahaja perancangan untuk jangka masa panjang tetapi juga jangka pendek.
2.      Cuba ingatkan kembali cara yang anda gunakan untuk mengatasi masalah-masalah lalu pada saat ini.
3.      Sentiasa bersikap terbuka dan berkomunikasi dengan rakan sekerja.
4.      Pastikan anda tahu apa yang perlu anda lakukan. Jangan ragu atau malu untuk bertanya.
5.      Pastikan anda berehat beberapa minit selama anda bekerja. Berehat seketika dan tarik nafas dalam-dalam.
6.      Pertahankan semangat kerja berkumpulan. Contohnya, meraikan perayaan kecil, bersukan atau rekreasi bersama.
7.      Pastikan ruang kerja yang baik. Minimakan gangguan seperti suara, cahaya atau suhu.
Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment