Tip Kebahagiaan Adam & Hawa


*Kejujuran
Tetaplah bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemusykilan yang ada pada pasangan anda.
*Tertawa
Ciptakan suasana humor yang romantis seperti membuat memek muka yang lucu pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa.
*Persahabatan
Menjadi sahabat kepada pasangan bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan.
*Hormat satu sama lain dan kompromi
Walaupun wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan bersedia untuk berkompromi.
*Memaafkan
Perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melampiaskan amarah kepada pasangan anda.
*Bersikap realistik
Jangan cuba mengubah pasangan anda. Bersikap terbuka dan terima pasangan anda seadanya.
*Lupakan masa lalu
Berhenti mengungkit kisah masa lampau. Bersyukurlah dengan kehidupan anda waktu ini tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda, maka ceritakanlah.
*Doa
Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan, kebahagiaan rumah tangga serta kesihatan pasangan anda. Tanamkan di hati bahawa sebagai insan, doa merupakan penawar segalanya.

1 comment:

  1. terima kasih atas perkongsian.. mohon untuk dishare..

    ReplyDelete