Tip Penjagaan Jeans



1.       Cuci seluar jeans dengan air pada suhu biasa atau suam-suam.Jangan menggunakan air yang terlalu sejuk dan terlalu panas, kerana ia akan menghalang kotoran dari tertanggal dan sukar untuk dibersihkan.

2.      Cuci seluar jeans berasingan dengan pakaian lain. Untuk mengekalkan warna dan ciri pada seluar jeans, basuh pada bahagian luar dan dalam.

3.      Jika seluar jeans terkena air laut masin, jangan tergesa-gesa mencuci seluar jeans dengan air biasa. Guna air mendidih sebaldi dan wapkan ke bahagian yang terkena air masin. Pasti kotoran yang melekat akan tanggal.

4.      Gantung dan anginkan seluar jeans supaya tidak berkedut dan renyut di tempat yang teduh. Jangan sesekali dedahkan seluar jeans terus di bawah matahari terik.

5.      Jangan sesekali mengeringkan seluar jeans dengan mesin pengering.

6.      Jangan menggunakan sebarang jenis bahan kimia untuk mencuci seluar jeans. Gunakan sabun biasa sahaja supaya warna tidak mudah luntur.

7.      Seluar jeans boleh dibasuh dengan mesin basuh menggunakan air pada suhu biasa.
Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment