Tip Sihat Untuk Lelaki Yang Bekerja Di Pejabat


1.      Ada masa untuk senaman
Membiasakan diri dengan melakukan senaman setiap hari. Walaupun dengan hanya beberapa minit adalah langkah yang bijak berbanding dengan tidak pernah melakukan senaman langsung.

2.     Elakkan makanan segera
Makanan segera mempunyai banyak kandungan zat yang boleh merosakkan badan dan merbahaya. Oleh itu, lelaki yang bekerja di pejabat harus minimakan pengambilan makanan segera.

3.     Jalan kaki
Berjalan kaki adalah salah satu senaman yang paling mudah dan mempunyai manfaat yang luar biasa. Dengan berjalan kaki, ia akan membuatkan badan anda menjadi lebih sihat kerana otot-otot di seluruh badan bergerak. Jangan manjakan diri anda dengan meletakkan kenderaan hampir dengan pejabat, sebaliknya letakkan di tempat jauh dan gantikan dengan berjalan kaki.

4.     Banyak minum air putih
Kebanyakan lelaki yang duduk lama di hadapan computer akan mempengaruhi kesihatan badan terutamanya pada bahagian ginjal. Ini kerana fungsi ginjal tidak diimbangi dengan pola pemakanan yang sihat. Jadi, untuk menjaga kesihatan ginjal kerana duduk terlalu lama adalah dengan minum air putih yang banyak.

5.     Kurangkan mengunyah semasa kerja
Seseorang yang mempunyai kebiasaan dengan duduk lama di hadapan computer memiliki tabiat buruk yang tidak disedari iaitu mengunyah makanan ringan dalam jumlah yang banyak. Anda tidak menyedari tabiat ini boleh menyebabkan obesiti. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan kudapan ketika berada di hadapan computer demi menjaga kesihatan anda.
Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment