Tip Sihat


Menghabiskan masa yang lama di hadapan computer, tentu membosankan. Kadang-kadang, keadaan ini boleh mengganggu kestabilan kesihatan dan produktiviti kerja. Berikut adalah beberapa tip sihat untuk lelaki yang banyak menghabiskan kerja di hadapan computer atau pejabat.
*      Pastikan anda mempunyai kerusi yang selesa untuk anda duduk.
*      Perhatikan persekitaran udara ruang kerja anda. Dengan udara yang segar akan membuatkan anda bekerja dengan lebih tumpuan.
*      Jangan sesekali makan atau minum di atas meja kerja anda. Ini boleh merosakkan computer atau computer riba anda. Tumpahan makanan boleh mengundang bacteria di atas meja anda.
*      Rehat seketika agar tenaga anda kembali segar dan lakukan gerakan-gerakan ringan untuk menghilangkan kepenatan.
*      Bersihkan tetikus, papan kekunci dan sebagainya secara berkala untuk mengelakkan daripada bacteria dan debu.
*      Selain makan tengahari, gunakan waktu rehat dengan membuka laman web kegemaran untuk mencari tip sihat anda.
*      Pastikan ruang yang cukup udara dan elakkan daripada bekerja di ruang yang terlalu terang dan silau.
Selamat Mencuba!!

Sekilas ……SIHAT   
*      Kebanyakkan individu mudah mendapat serangan sakit jantung pada hari Isnin, begitulah hasil kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis dari Jerman. Jadi, jangan mulakan hari dengan tekanan ya!
*      ‘Aluminum’ adalah bahan aktif yang terkandung di dalam produk deodorant dan anti peluh. Berita buruknya, ia menyumbang kepada punca kanser payudara.
*      Dapatkan keperluan kalsium dan potasium yang mencukupi untuk tidur lebih berkualiti.

No comments:

Post a Comment