Resipi berpantang sihat untuk ibu


Ikan Stim
Bahan-Bahan
v  Halia
v  Bawang putih
v  Lada hitam
v  Limau nipis
v  Bawang merah
v  Bawang goreng
v  Garam
v  Ikan tenggiri
Cara menyediakan
1. Taburkan hirisan halia, bawang merah, bawang putih di bahagian bawah pinggan, letakkan ikan, kemudian tabur lagi tiga bahan hirisan tadi di atas ikan serta sedikit garam dan perahan limau nipis.
2. Balut ikan dengan karajang aluminium (aluminium foil), masukkan ikan dalam pengukus dan kukus hingga masak.
3. Taburkan bawang goring di atas ikan semasa hendak dihidang.
Selamat Mencuba


Faedah Berbengkung
Pemakaian bengkung biasanya bertujuan untuk merampingkan dan mendapatkan semula bentuk badan yang langsing. Bagaimanapun kelebihan sebenar memakai bengkung dari segi perubatan tradisional ialah:
1. Dipercayai dapat menolong ibu yang baru bersalin menegangkan semula otot perut yang telah kendur akibat proses mengandung dan bersalin.
2. Membangkitkan rasa lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri kerana tubuh yang telah berbengkung akan berasa lebih kemas dan tegap.
3. Bengkung akan menghadkan pergerakan ibu agar tidak melangkah terlalu luas atau laju hingga boleh menjejas pemulihan luka bersalin pada bahagian perineum.

Cadangan untuk meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak


v  Memberi pujian kepada anak-anak
Setelah dia melakukan kerja dengan sempurna walaupun agak perlahan, anda tetap memberikan pujian kepadanya.

v  Beri perhatian dan kasih sayang
Ia adalah berkaitan dengan emosi. Kanak-kanak yang berasa dirinya dikasihi oleh ibu bapanya mempunyai tahap keyakinan tinggi dalam dirinya.

v  Hormati hak kanak-kanak
Memang benar kanak-kanak acap kali membuatkan anda hilang sabar dengan kenakalannya, tetapi dengan cara layanan umpama tidak menghargai kehadirannya membuatkan dia berasa rendah diri.

v  Beri tindak balas
Jika anak anda berbicara dengan anda, beri tindak balas dengan mendengar apa yang ingin diucapkannya. Biarkan dia meluahkan apa yang dia rasa dan ingin berkongsi dengan anda.

v  Jangan beri janji manis
Kanak-kanak seorang yang berpegang pada janji. Tunaikan apa yang pernah anda ucapkan kepadanya. Jika janji itu diabaikan, dia akan merasa dirinya tidak dihargai dan tidak dihormati.

v  Cintai diri sendiri
Usah sesekali membiarkan anak memandang rendah kepada personalitinya. Galakkan dia supaya mencintai dirinya. Ini sekali gus membuatkan dia begitu menghargai dirinya.

Anak Sihat, Ibu Gembira     I   LOVE    MAMA
Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com

Panduan Tenangkan Bayi Menangis




Tindakan pantas dan cepat perlu dilakukan apabila bayi anda menangis. Membiarkannya menangis tanpa pujukan akan menggalakkan tangisan bertambah kuat. Ketahui beberapa panduan yang dapat membantu bayi berhenti menangis.
1. Beri susu
Bulan-bulan pertama kelahiran, kelaparan merupakan punca bayi menangis. Memberinya susu ibu adalah cara paling berkesan menenangkannya.
2. Membelainya
Biasanya ini merupakan jenis hubungan mesra yang bayi anda perlukan untuk bertenang dan berhenti menangis.
3. Ayunkan secara berirama
Pergerakkan biasanya membantu menghentikan tangisan bayi dan adakalanya mungkin boleh menidurkannya. Ayunkannya di dalam lengan anda.
4. Membedungnya
Balut bayi yang baru lahir dalam sehelai selimut bayi dengan agak ketat. Ini mungkin menenangkannya kerana dia berasa selamat.
5. Menepuknya
Tepukan lembut dan usapan manja di belakang badan atau perutnya secara berirama dapat memberi ketenangan kepada simanja atau membantunya untuk sendawa jika masalah kembung menjadi punca tangisan.
6. Memberi sesuatu untuk dihisap
Hampir semua bayi berasa tenang apabila menghisap. Kadang kala diperhatikan bayi yang mula bijak menghisap jarinya sendiri akan tenang dan diam sendiri bila menangis. Jari anda yang bersih mungkin juga dapat mententeramkan dan kadangkala menidurkannya.
7. Mengalihkan perhatian
Adakalanya melihat sesuatu membuat bayi lupa sebab dia menangis, sekurang-kurangnya untuk seketika. Corak yang terang, berwarna-warni, bunyi-bunyian mungkin mempesonakannya. Wajah dan cermin juga merupakan tarikan yang baik. Mendukungnya ke sekeliling rumah untuk melihat gambar atau wajahnya di cermin, boleh menenangkannya.
Anak Sihat, Ibu Gembira     I   LOVE    MAMA
Jika anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6543184 (call / sms – Fazlina) atau email fazlinatun@gmail.com